Sunday, September 2, 2012

Bila PAS Akan Dibubar

PAS memperjuangkan hudud, kerana UMNO tidak memperjuangkan hudud.
Selain daripada itu, tiada perbezaan di antara PAS dengan UMNO. 

PAS pernah berjanji untuk membubarkan PAS apabila UMNO melaksanakan hudud. Pada 2008, tiada dalam mana-mana manifesto PAS untuk melaksanakan hudud. 

Jadi, pada saat itu, PAS patut dibubarkan kerana PAS sudah lagi tidak ingin melaksanakan hudud.

Sampai sekarang PAS masih tidak berani memasukkan hudud dalam Buku Jingga dan hudud kekal sebagai modal politik PAS.

Tuesday, August 28, 2012

Hudud Milik PAS

Hudud kembali menjadi mainan bibir PAS.

Menurut PAS, hudud adalah undang jenayah Islam dan merupakan hak Allah. Saya tidak bersetuju sebab dalam Quran hudud merujuk kepada had atau takat. Lebih tepat kalau PAS kata mereka ingin menegakkan hukuman jenayah yang terkandung dalam Quran. Tapi seperti biasa, PAS adalah sebuah parti yang keliru dan mengelirukan.

Tidak dapat dipastikan bila PAS mula memperjuangkan hudud, tapi saya rasa pada tahun 1981, iaitu selepas Dato Asri dan kumpulan Hamim yang sebelum itu merupakan pejuang Melayu sejati. Bermula dari tahun itu, PAS sentiasa melaungkan untuk memperjuangkan negara Islam dan hudud. Untuk makluman, negara Islam yang didokong PAS selama 30 tahun rupanya tidak wujud dalam Quran. Gila!

Hudud merupakan manifesto PAS dalam setiap kali ceramah dan pilihanraya. Untuk memahamka  ahli PAS, mereka diajar tentang hudud dalam setiap usrah, bergantung kepada marhalah (tahap) masing-masing.

Antara yang ditekankan adalah, hudud merupakan hak Allah yang wajib ditegakkan dalam apa jua keadaan walaupun dibenci orang kafirun (walau karihal kafirun dalam takbir raya). Ini pegangan PAS. Mereka akan tetap memperjuangkan hudud walau dibenci kafirun, musyrikun dan munafikun.

Tahun 2008, manifesto PAS adalah Adil Amanah dan Berkebajikan, tiada hudud. Ramai ahli tertanya ke mana hilangnya Negara Islam dan Hudud, maka pihak atasan PAS mengatakan kalau diletakkan Negara Islam dan Hudud, maka undi bukan Islam tidak akan dapat kepada Pakatan Rakyat. Ahli bertambah pelik mengapa pihak atasan sanggup melukakan 'hati' Allah demi menjaga hati orang bukan Islam. Maka diajar dalam usrah PAS bahawa PAS perlu menakluki Putrajaya dahulu barulah berjuang hudud. Ini matlamat menghalalkan cara ala PAS yang diislamkan menjadi fiqah auliya dan tahaluf siyasi.

Baru-baru ini hudud kembali menjadi polemik dibangkitkan oleh PAS. Tetapi apabila Karpal Singh dan Shamsul Iskandar Keadilan suruh PAS diam kerana Pakatan Rakyat sudah setuju tidak memperjuangkan hudud, maka diamlah PAS.

Bising lagi berkenaan hudud. Mahathir kata UMNO boleh buat hudud asalkan bukan hudud PAS. Saya setuju, hukum jenayah perlu merujuk kepada Quran. Berkokoklah ahli PAS bahawa hudud hak Allah bukan hak PAS.

Soalnya, dalam realiti hari ini, hudud ini hak siapa.
Hudud bukanlah hak Allah dan hak PAS.
Hudud hak Pakatan Rakyat.
Apabila Pakatan Rakyat kata boleh bercakap pasal hudud, maka bercakaplah PAS tentang hudud.
Apabila Pakatan Rakyat kata jangan bercakap soal hudud, maka diamlah PAS.

Hudud hak DAP, hudud hak PKR.

 

Wednesday, February 22, 2012

Anwar Sudah Tidak Relevan

Anwar sudah tidak relevan mengetuai Pakatan Rakyat.
Tembelang anwar semakin pecah.
Hubungannya dengan elitis zionis semakin terdedah.

PAS sudah tidak lagi boleh sabar dengan tindak tanduk anwar yang terang-terangan kow tow dengan elitis zionis

Friday, January 27, 2012

Persamaan Anwar dan Hassan Ali

Anwar dipecat dari UMNO.
Hassan Ali dipecat dari PAS.

Anwar dipecat sebab Anwar sendiri. Salahlaku dia lah.
Hassan dipecat kerana menegur Anwar dan kerana menjaga akidah. diejek orang PAS Hasan akidah.

Anwar keluar UMNO membawa sekali penyokongnya. UMNO berpecah.
Hasan keluar PAS tidak membawa penyokong. tapi ramai ahli PAS mula menyokongnya. PAS mula berpecah. Azizan Razak terbaru.

Anwar membawa gerakan reformasi.
Hasan membawa gerakan selamatkan akidah.

Wednesday, January 25, 2012

Abang Moktar

Hari ini Abang Moktar bayarkan mee rebus dengan teh ais aku. Dia tengah kaya sebab baru dapat RM500 BR1M. hahahhaah

Abang Moktar ni penyokong, bukan pendukung kuat Pakatan. Cakap je kat mana ceramah, mesti dia turun. Bersih 2, turun.

Tapi ini nada Abang Moktar lain sekali. Dia heran macam mana kerajaan BN boleh RM500 pada rakyat sampai berbilion duit. Pada Abang Moktar duit kerajaan dah habis disapu oleh orang- orang Ampuno (UMNO) katanya. Kepercayaan Abang Moktar sebab dia percaya pada penceramah-penceramah Pakatan.

Tapi bila kerajaan bagi RM500 tiap sorang, Abang Moktar mula pikir, tak berapa betul cakap penceramah Pakatan.

Kata aku, itu modal ceramah je Bang. Yang Abang percaya buat apa. Kalau tak ade duit macam mana nak bayo gaji orang kerajaan, projek kerajaan dan bantuan rakyat.

PRU 13 balik pada BN la bang. Sudah terbukti.

Saturday, January 14, 2012

Muslimat PAS 901


"Jaga-jaga Putrajaya".

Ana mula-mula ingat srikandi PKR.
tak sangka rupanya ini muslimat PAS.

apa sudah jadi dengan muslimat PAS.
tak pernah berusrah ke?
mana thiqah enti semua.

langsung tak berthiqah.
hairan. Pas sudah berputar 360.

ana cadangkan enti ubah lirik tu kepada
"jaga-jaga akhlak enti".

lagi teruk kata UMNO Mampus.
mulut enti basah dengan perkataan macam tu ye.
usrah ajar begini ke.

daripada enti kata UMNO Mampus baik enti jaga parti enti sendiri.
akar umbi dah semakin meluat dengan set enti:-
erdogan dan;
baju pas badan pkr

takut-takut Pas pulak yang semakin mampus.
sekarang pun banyak prinsip perjuangan dimampuskan.

Thursday, January 12, 2012

Bila Takbir Tak Bergema

Hari ini Haji Berahim tak bertakbir lepas sembahyang jumaat seperti jumaat- jumaat sebelum ini.

Semua orang berasa pelik.

Kenapa enta tak takbir tadi?
Ana geram sebab pusat pecat Hassan Ali.
ana protes. macam bersih 3.0 pulak hahaha
Geng-geng Anwar pusat jaga pulak!

Takbir digunakan untuk politik Pas, bukan dengan ikhlas nak agungkan Tuhan.
dah 2.40 syeikh, ana balik dulu.
baadiah pun tak buat sembang dengan geng baju pas badan pas

Kes Anwar Liwat

lepas dan bebas.

disambut dengan lautan takbir!

bengong budak budak yang baru join Pas.
marhalah rendah.

tak tahu ke Karpal kata suka sama suka.
bukti DNA tak kuat lepas la.
ada buat, tapi bukti tak kuat lepas la.

budak-budak baru.
tahun 97 belum bersunat lagi.
tak tahu cerita orang PAS pasal Anwar masa tahun tu.
sebab tu Mat Sabu panggil dia Al-Juburi.

pegi tanya orang lama la.
kita kerjasama dengan dia untuk politik.
bukan nak agungkan dia

Hasan Ali Keluar Pas

Berlaku minggu lepas.

dulu ana kena pulau dengan sahabat sebab mufarakah, sekarang sahabat dah okay dengan ana.
ana mufarakah bukan ana join umno pun, ana buat hal sendiri.

sahabat dah mula baik dengan ana.
topik antum sembang semua sebab perjuangan pas sudah lari.
lari!
kejar la.

ana dah kata dulu, buat apa ana berjuang dengan parti baju pas badan pkr.
sekarang antum nak mufarakah?
hasan ali kena cerai halau

kahkahkah tukar tiub style

syeikh enta minum dengan ketua kampung tu.
nak minta borang umno ke.
ana pun tak join umno.

perpaduwang