Tuesday, August 28, 2012

Hudud Milik PAS

Hudud kembali menjadi mainan bibir PAS.

Menurut PAS, hudud adalah undang jenayah Islam dan merupakan hak Allah. Saya tidak bersetuju sebab dalam Quran hudud merujuk kepada had atau takat. Lebih tepat kalau PAS kata mereka ingin menegakkan hukuman jenayah yang terkandung dalam Quran. Tapi seperti biasa, PAS adalah sebuah parti yang keliru dan mengelirukan.

Tidak dapat dipastikan bila PAS mula memperjuangkan hudud, tapi saya rasa pada tahun 1981, iaitu selepas Dato Asri dan kumpulan Hamim yang sebelum itu merupakan pejuang Melayu sejati. Bermula dari tahun itu, PAS sentiasa melaungkan untuk memperjuangkan negara Islam dan hudud. Untuk makluman, negara Islam yang didokong PAS selama 30 tahun rupanya tidak wujud dalam Quran. Gila!

Hudud merupakan manifesto PAS dalam setiap kali ceramah dan pilihanraya. Untuk memahamka  ahli PAS, mereka diajar tentang hudud dalam setiap usrah, bergantung kepada marhalah (tahap) masing-masing.

Antara yang ditekankan adalah, hudud merupakan hak Allah yang wajib ditegakkan dalam apa jua keadaan walaupun dibenci orang kafirun (walau karihal kafirun dalam takbir raya). Ini pegangan PAS. Mereka akan tetap memperjuangkan hudud walau dibenci kafirun, musyrikun dan munafikun.

Tahun 2008, manifesto PAS adalah Adil Amanah dan Berkebajikan, tiada hudud. Ramai ahli tertanya ke mana hilangnya Negara Islam dan Hudud, maka pihak atasan PAS mengatakan kalau diletakkan Negara Islam dan Hudud, maka undi bukan Islam tidak akan dapat kepada Pakatan Rakyat. Ahli bertambah pelik mengapa pihak atasan sanggup melukakan 'hati' Allah demi menjaga hati orang bukan Islam. Maka diajar dalam usrah PAS bahawa PAS perlu menakluki Putrajaya dahulu barulah berjuang hudud. Ini matlamat menghalalkan cara ala PAS yang diislamkan menjadi fiqah auliya dan tahaluf siyasi.

Baru-baru ini hudud kembali menjadi polemik dibangkitkan oleh PAS. Tetapi apabila Karpal Singh dan Shamsul Iskandar Keadilan suruh PAS diam kerana Pakatan Rakyat sudah setuju tidak memperjuangkan hudud, maka diamlah PAS.

Bising lagi berkenaan hudud. Mahathir kata UMNO boleh buat hudud asalkan bukan hudud PAS. Saya setuju, hukum jenayah perlu merujuk kepada Quran. Berkokoklah ahli PAS bahawa hudud hak Allah bukan hak PAS.

Soalnya, dalam realiti hari ini, hudud ini hak siapa.
Hudud bukanlah hak Allah dan hak PAS.
Hudud hak Pakatan Rakyat.
Apabila Pakatan Rakyat kata boleh bercakap pasal hudud, maka bercakaplah PAS tentang hudud.
Apabila Pakatan Rakyat kata jangan bercakap soal hudud, maka diamlah PAS.

Hudud hak DAP, hudud hak PKR.

 

No comments:

Post a Comment