Wednesday, October 21, 2009

Negara Islam Hukum Hudud (1)

Pernahkah anda mendengar tajuk yang saya bawakan. Pernah tapi lupa? Ingat-ingat lupa? tak berapa nak ingat la yob?
Jika anda lupa saya ingatkan anda. Tajuk ini sering laung-laungkan, tajuk ini sentiasa diucapkan dalam ceramah-ceramah, tajuk ini menjadi teras perjuangan sebuah parti, tajuk ini menjadi slogan parti yang mengaku hanya mereka memperjuangkan Islam, tajuk ini sentiasa dipegang oleh ahli-ahli parti lebai.
Masih tidak ingat lagi. Bawa memori anda ke beberapa tahun kebelakang lagi. Masih ingat taik telinga anda mencair mendengar ceramah tajuk ini. Ya, akhirnya anda mendapat jawapan bahawa tajuk yang saya bawakan adalah prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS sekiranya mereka memenangi pilihanraya. Tetapi sekarang PAS sudah tidak lagi membawa "Negara Islam Hukum Hudud" dalam perjuangan dan siri ceramah mereka.
Teringat saya arwah Fadhil Noor berkata "PAS akan terus berjuang mengikut landasan orbitnya sendiri" pada Muktamar PAS tahun 2000 tidak silap saya. Juga arwah pernah berkata dalam ceramahnya "kita (PAS) akan menubuhkan negara Islam, tidak tahun ini tahun depan, tidak dekad ini dekad depan, tidak abad ini abad depan. Perjuangan harus diteruskan". Tetapi hari ini jika pejuang PAS sudah tidak lagi memegang prinsip perjuangan dan amanat yang ditinggalkan oleh Arwah Presiden. Pergilah berjumpa pejuang PAS dan tanyalah apa yang mereka perjuangkan, jawapannya tentu saja menjatuhkan kerajaan zalim UMNO (mengikut pandangan mereka), tidak ada lagi yang menyebut perjuangan mereka adalah untuk menubuhkan negara Islam.
Mengapakah perkara ini terjadi? Nantikan siri berikutnya...

No comments:

Post a Comment