Wednesday, August 19, 2009

UMNO masuk neraka, PKR masuk apa

perjuangan PAS adalah merupakan pengaruh dari perjuangan ikhwanulmuslimin yang dibawa oleh Hasan Al Banna dan Syed Kutb. Perjuangan PAS hanyalah satu, meletakkan Islam di tempat tertinggi. Ini sejajar dengan Fasal 5 Perlembagaan PAS. Oleh itu, jelas bahawa hanya PAS yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini., dan tidak ada parti politik lain yang memperjuangkan Islam selain PAS.

Negara telah lama di perintah oleh UMNO, namun Islam masih berada di tahap yang rendah. Hukum hudud masih belum dilaksanakan oleh UMNO, malah diperlekehkan. Paling mengerikan adalah Perlembagaan Persekutuan di negara kita yang menyebutkan di bawah Perkara 4 bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Jika PAS memerintah, janjinya akan mengubah Al-Quran dan Sunnah adalah undang-undang tertinggi negara dalam Perlembagaan Persekutuan (dengan DAP takut ada hajat nak cakap bab hudud).

Jesteru itu, UMNO kafir kerana tidak mengamalkan hukum Islam dan tidak memperjuangkan Islam. Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka sudah tentu di akhirat ganjaran syurga pasti akan diterima.

Satu soalan kepada Nik Aiz, jika hanya PAS yang memperjuangkan Islam, maka apa hukum orang Melayu dalam PKR dan DAP. Akan ke syurga jugakah. Sudah tentu tidak kerana hanya PAS memperjuangkan Islam.

Nik Aziz, anda hanya ulama politik yang tidak berani menghukum ahli Melayu PKR dan DAP kerana takut hubungan dalam PR terjejas. Contohilah Tan Sri Harussani yang tidak gentar menegur UMNO atau PAS (sebab tu korang panggil dia babi).

Nik Aziz, cukup-cukuplah mengarut!

No comments:

Post a Comment